Thursday, March 31, 2011

Ayam Kicap Berempah

Ayam Kicap Berempah


Salam Khamis.....ralit apa pon xtau...cadang td nk mskkan n3 on time ms lauk tgh panas2 tu tp terlupa lah....ptg sgt dh baru ingt nk masukkan....resipi ayam sedap ni amik kat dapur Kak DJ...sedap sgt...tersa kelainan dgn berapinya pedas lada tu...perghhhhh...pecah peluh u mkn tghari tadi.....puaih ati tol msk ayam nih...sedappppp....jom semak resipi ye...Akak mntk izin tayang resipi kt cni eh....tq akak....

Ayam Kicap Berempah
bahan-bahan :
1/2 ekor ayam
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar lada hitam tumbuk
1 sudu makan cili giling
Rempah tumis (bunga lawang, cengkih, kayu manis, pelaga)
hirisan daun sup secukupnya
sedikit air asam jawa
sedikit garam dan gula
sedikit kerisik - jika suka (*x letak pon )

Bahan-bahan Kisar :
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas




Cara-cara :
Perapkan ayam bersama 1/3 daripada bahan kisar, lada hitam, kicap pekat, kicap manis dan sos tiram.
Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis rempah dan bahan-bahan kisar selebihnya hingga terbit bau. Kemudian masukkan pula cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan kicap pekat, sos tiram dan sos tomato. Barulah dimasukkan ayam dan kacau. Biarkan ia kering sebentar. Selepas itu, barulah ditambahkan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih.
Masukkan kerisik, daun sup, garam, gula dan air asam jawa. Setelah masak, tutupkan api. Biarkan ia merenih sebentar.
Hidangkan bersama nasi panas. Sedaappp

1 comment:

  1. ayooo...sedap nyer....wajib nti cik tipah msk ayam kicap ni esk..heheee

    ReplyDelete