Monday, November 30, 2009

Kek Lapis Pandan Prune




Salam Aidil Adha buat semua walaupon dh terlewat sgt pon kan?
apa nk wat arini ja baru sempat nk n3...
time cuti raya baru ni mmg bz giler..jalan sana sini letih sgt...
Ari khamis aku dh start cuti n bermula porjek yg mmg dh lama dok pendam
aku try wat kek lapis u...
letih tp hasilnya mmg berbaloi2
resipi aku usha d umah kak ummi kuantan
adik mintak izin C&P resipi kt cni yer....

Bahan:-
300 gm mentega
250 tepung hongkong
250 gm gula halus (ummi pun guna 200 gm je)
200 ml susu sejat (*)
1/4 cawan air (*) - disatukan
1 paket santan serbuk
10 kuning telor
4 putih telor (gred A)
1 1/2 camca besar ovallete
1 camca teh pandan paste
buah prune secukupnya - belah 2

Cara-cara:-
- Putar mentega hingga putih, ketepikan. Dalam mangkuk lain, putar gula dan ovallete hingga bergaul dan masukkan kuning dan putih telor dan pukul hingga kembang.
- Satukan tepung bersama santan serbuk, gaul rata. Perlahankan speed dan masukkan tepung berselang seli dengan susu hingga habis. Masukkan mentega dan pandan paste. Gaul rata dan sebati. Ketepikan.
- Panaskan oven pada suhu 175C, gunakan fungsi "grill". Lenser tin berukuran 8x8x3 in dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Kemudian sudukan 5 sudu besar adunan kek ke dalam tin, ratakan dan grill selama 5 minit atau hingga kekuningan. Kemudian keluarkan dan tekan2 dengan penekan kek lapis dan sudukan 5 sudu adunan lagi, ratakan dan bakar lg. Buat hingga 4 lapisan.
- Pada lapisan kelima sudukan adunan dan letak buah prun. Kemudian diikuti lagi 4 lapisan kosong dan yang kelima letak lg buah prun. Buat hingga habis dan pada lapisan terakhir pasang api atas dan bawah dan bakar lebih kurang 15 minit.




No comments:

Post a Comment