Saturday, December 11, 2010

Salam Takziah

Assalammualaikum.....
Belum terlambat rasanya aku ingin mengucapkan salam takziah buat sifu En Mat Gebu  di atas pemergian Abang beliau ke rahmatullah baru2 ini.....
semoga rohnya dicucuri rahmat dariNya serta ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman...Amin
Semoga En Mat Gebu sekeluarga tabah menghadapi ketentuan Ilahi...
kali nih nak tayang resipi selepas tlg akak nih mengemas umah sepanjang beliau g cuti2 malaysia...hehehe
Kak Dayang....tq kongsi resipi yg beh nih...suami puji tau...sedap dia kata...hehehe...bangge2....
tp kan akak...ampun ek...adikmu telah skit menderhaka kt resipi beh nih...sowiiii.....
menderhaka pon cara bersopan tau...sebab bahan xcukup daaa......
apapon masakan nih mmg sodap bangat...
jom tgk apa bhn2 diperlukan utk resipi mabeless nih....



Ayam Goreng Madu Berempah

Bahan-bahan :

1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka)
4 sudu makan cili giling
1 sudu makan serbuk kari ayam
2 sudu makan tepung goreng pelbagai guna
1 inci halia (ditumbuk)
4-5 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu makan serbuk kunyit
2-3 sudu makan sos tomato
garam
3 sudu besar madu (dibancuh dgn 1/2 cawan air)
sedikit gula melaka/gula merah/ gula pasir
sedikit bawang besar (dihiris bulat dan digoreng)

Cara-cara :
Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit, garam, serbuk kari, tepung goreng pelbagai guna, 2 sudu makan cili giling dan separuh dp bahan-bahan tumbuk dan perapkan ke dlm peti sejuk selama 30 minit. Kemudian, gorengkan ayam sehingga masak.

Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis lebihan bahan2 tumbuk dan cili giling td sehingga pecah minyak. Masukkan sos tomato, madu dan gula melaka/gula merah/gula pasir. Kacau sebati. (boleh tambah sedikit air jika perlu)

Kemudian masukkan ayam yg tlh digoreng dan gaulkan rata2. Akhir sekali, masukkan bawang besar.
Hidangkan panas2 setelah masak

No comments:

Post a Comment