Monday, November 30, 2009

Sotong Berempah Madu


Sutun ni menu bila tak ingat la..
rasanya menu makan tgahati sari sblm raya kot.
resipi hasil rajin membelek2 blog Kak Dayang Jack
resipi yg mmg sedap n harum dgn rempah ratus...
rugi sape2 yg tak cuba masakan ni taw...
tima kasih akak sudi kongsi2 resipi yg mabeless nih..
adik CnP resipi ye akak....


Bahan-bahan :
400 g sotong basah (dibersihkan dan dipotong. Gaulkan bersama dgn sedikit kunyit dan garam. Kemudian rebus hingga 3/4 masak. Toskan)
1 labu bawang besar (dimayang)
1 biji cili merah (dihiris)
1 sk serbuk ketumbar
1 sk serbuk jintan putih
1/2 sk serbuk jintan manis
1/2 sk lada sulah
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tiram
3 biji limau kasturi (ambil jusnya)
2 sudu makan madu (dibancuh dgn 2 sudu besar air)
3 sudu besar cili kering kisar/cili giling
Bahan kisar :
1 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
1 batang serai
1/2 inci halia
1/2 lengkuas

Cara-cara :
1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan cili kering dan tumis lagi hingga pecah minyak.
3. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan serbuk lada sulah. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan sos tiram, kicap pekat dan kicap manis. Kacau lagi. Tambah sedikit air jika perlu.
5. Masukkan sotong, madu, cili merah, dan bawang besar. Gaulkan hingga kuahnya pekat dan barulah dimasukkan jus limau.

(boleh tambah garam/gula jika perlu)
***jika kurang pedas, boleh tambah cili api.
***serbuk jintan boleh dikurangkan jika suka

No comments:

Post a Comment