Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Tuesday, February 23, 2010

Roti Sosej Berkeju

tah hapa2 betuk roti aku nih,xsegak langsung....
rupa bila dh potong...

yg nih pon n3 tertunggak..bila masa aku meroti nih pon dh tak hingat tp idak ler lama bebenor dlm bln Jan 2010 gak ler...hehehe
betul la ramai cakap kalo resipi mai dr CMG dijamin 150% sedapppp...
roti ni mmg lembut sesgt w'pon haku hanya uli tangan...
lembab jer bila disentuh...kiranya mmg mabeless la..
sapa nk tau betapa power rangesnya resipi nih kena la mencubanya
xyah risau kalo xde BM,uli pakai tangan pon mmg lembut mcm gn mesin...cayalah...
ok jom kita tgk resipi sifu nih..

BAHAN -BAHANNYA :-)
270 g tepung roti (high protein flour)
50 g tepung halus (tepung Hong Kong) - aku guna tpg high protein saja
60 g gula halus
1 camca teh garam (mat guna 1/2 camca teh)
2 1/2 camca besar susu tepung1
1/2 camca teh instant yeast
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
1 biji telur gred C
140 ml air-aku tukar guna fresh milk
30 g mentega
Sosej secukupnya (mat guna sosej "Ayamas"= 14 batang) - aku guna saudi jerk
2 keping keju cheesedale, dipotong kepada 14 bahagian sama besar



CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK DOH :-

Satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan sosej.
Gaul hingga semua bersatu dan menjadi doh,
masukkan mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan licin
(lebih kurang 15 - 20 minit).
Alihkan doh ke dalam satu bekas dan tutup permukaan dengan plastic cling.
Biar naik 1 jam.

KAEDAH LAIN :-
Masukkan kesemua bahan2 diatas kecuali sosej, ke dalam Bread Maker, pilih setting for dough dan tekan "ON". Tunggu hingga siap.
Sosej dicelur dan sejukkan, dibelah tengahnya buat macam poket dan masukkan1 potongan keju tadi, buat hingga siap. Canai doh dan potong supaya mendapat potongan berukuran 3 cm lebar dan 25 cm panjang. Balut sekeliling sosej. Letak atas dulang yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga habis.
Biarkan 45 minit sehingga doh naik. Sapu kuning telur + sedikit susu, tabur bijan dan bakar dalam oven pada suhu 180C selama 17 - 20 minit.

Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan

Thursday, January 07, 2010

Coffee Bun (Using Water Roux)

ready utk di ngap....hehe...

baru pas kuar oven n di touch up.....


Salam.....
roti lagi....sejak2 "pandai" meroti nih,rasanya jarang sgt beli roti...
lebih puas dpt buat sendiri w'pon letih n kadang2 xla 'menjadi' sgt..hehehe...
yg penting bila kita buat sendiri kita xwas2 bhn2 yg digunakan...
sebenonya ni resipi roti kopi tp aku punya roti xsupa kopi pon..
mn ilang kaler kopi xtau la...salah tgk resipi gini la jadinya...
apapon roti ni mmg sedap n gebus dgn penggunaan water roux
org len dok cbuk wat roti gn water roux ni, aku pon nk gak try...
mmg betul la...bila tambah water roux ni roti jd lembut sgt....
gebuss semacam jerk...cicah lak ngan kopi panas...aduh.....hehehe...
jom layan....resipi asal dr Mamafami tp aku ciluk dr umah kak ummi kuantan.
kita CnP resipi kt cni ye....


COFFEE BREADIngredients :- (8 buns)

190 g high protein flour (I used multipurpose flour)
50 g sugar2 g salt6 g instant dried yeast
1/2 teaspoon bread improver
1 egg yolk
50 g fresh milk
12 g instant coffee (I mixed 2g nescafe granules with 10g hot water) (*Ummi - used 2 tbsp coffee emulco - should add some more next time)
60 g
Water Roux
1/2 teaspoon cappuchino coffee emulco (I added) - * out of stock
30 g butter

Method : (Breadmaker method)
Pour fresh milk into the breadmaker pan. Add in instant coffee, salt, sugar, egg and water roux.
Top it with sifted flour, dry yeast and bread improver.
Set the Breadmaker to Dough function.
Once the dough is just combined, add in butter and leave the Breadmaker to continue doing it's job. This process will take about 1 1/2 hour including prooving.
Remove dough from BM and punch down to release the air.
Cut the dough 35 gm portion each. Make into round balls and leave to rest for 10 minutes.
Let the air out of the dough and make into round balls again. Arrange in the prepared tin.
Leave to proof till double the size.
Bake in a preheated oven at 180 C for 25 minutes or so.
Once out of the oven, brush with butter

WATER ROUXSource : The Wandering Gourmet(Yields about 520g Water roux)
Water Roux Starter is something used in bread making to make bread/buns springy. The springiness is fairly noticeable when you have let the bread/buns cool. Just poke your finger against the bun, you’ll see it is springy – causing people young-at-heart to go, “Whee!” *ahem* To make the Water Roux Starter, you need 1 part flour, 5 parts water.

Ingredients :-
50g flour
250g water
Method:-
Whisk the flour and water that you have decided to use in a bowl until it is whisked well and is free of lumps.
Put it on the stove and warm it up for 2-3 minutes at 65C. Be careful not to burn it!
Cover it with plastic wrap and store it in the fridge.

Roti Daging Bersalut Telur


Salam...
tu dia aih...sethn aku tak update blog...saipa la jd lagu tu..isk2...
hehe...lama kn kalo dgr sethn tu padahal last update 12/2009
dh masuk 01/2010 baru ada new n3...kira sethn la tuh...muahahaha...
ni nk tayang bekpes tah bila tak ingat dh...
dh lama dok peram la camera gambaq nih....
resipi cam besa lah...gheja dok ngendap dapoq Kak DJ ja...
layan ler apa yg patut..akak CnP jerk...

Bahan-bahan : untuk seorang makan
2 keping roti sandwich
1 sudu bsr daging cincang (minced chicken pun boleh)
1/2 ulas bwg besar (dicincang)
1 ulas bwg putih (dicincang)
1/2 camca kecil lada sulah/serbuk lada hitam
1 sudu bsr mayonis
1 sudu bsr marjerin
1/2 biji cili merah (dihiris dadu) - optional
1 biji telur
sedikit keju parut
50 ml susu segar (kalau xde, guna tepung susu tepung 1 camb dan dibancuh dgn sedikit air)
secubit garam
sedikit daun bawang dan daun sup (dihiris)


Cara-cara :
Cairkan marjerin dan tumis bwg2 sampai terbit bau.
Kemudian masukkan daging cincang dan kacau rata2 selama 1-2 minit.
Masukkan cili, lada sulah, keju, mayonis dan garam.
Kacau perlahan (1 minit).
Tutup api dan gaulkan dgn daun sup dan daun bawang.
Sapukan sedikit mayonis pd roti,
kemudian bubuh inti td di atasnya dan tutup kemas dgn roti yg satu lg.
Pukul telur bersama susu segar.
Kemudian celupkan roti dlm bancuhan td dan goreng dgn sedikit marjerin di dlm kuali leper dengan api perlahan.(elok guna kuali non stick)
Hidangkan bersama segelas susu atau jus oren jika suka.

Monday, December 21, 2009

Pizza....againnn...

selepas dipotong...menggunung bhn2 yg mcm2 aku letak dlm tuh...

yg ni sebelum dipotong2 n d ngap....
Lagi2 pizza...pizza..n pizza..
sejak "pandai" wat piza ni sebln skali mesti aku akan wat
tambah2 bila Mr Hubby ckp dia suka sgt pizza aku buat sendiri..
(banggenye lah bila esben kita puji kita masak..kembang kempes je idung nih...he3)
lgpon sblm2 ni dia mmg xminat pizza..
dh nm pon xminat so pizza hut tu mmg dia xpenah mkn
tp bila aku mula2 buat dulu dia ckp sedap apalg kalo letak nenas...
pizza kali nih aku wat utk adk aku sebenarnya...resipi pizza kali ni mmg lain dr yg lain sbb m'gunakan cream cheese...
lg terangkat dr kita dok letak keju biasa tuh...
ari ahad lepas km balik kg ramai2 sebab ada kenduri rumah abg kepada abg ipar aku...
resipi mcm biasa xlain xbukan aku ngendap (tiap2 ari) kt dapoq Kak DJ
akak...resipi CnP ye....
trima kasih akak....rasa pizza ni yg lain dr yg lain...
mantop gitu...

bahan-bahan :

Untuk topping :
7 -8 ekor udang basah (dibuang kulit kecuali bahagian ekor)
1 biji putih telur
tepung goreng kentucky

Cara-cara :

Celupkan udang dgn telur dan salutkan dgn tepung tadi dan goreng sehingga masak. Ketepikan.Untuk Sos Keju :* 1 1/2 cawan susu segar* 1 sb mentega* 1 sb tepung gandum + 1 sb tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)* 125 gm cream cheese* sedikit lada sulah* garamCara-cara : Cairkan mentega di dlm periuk/saucepan. Masukkan susu dan krim keju/keju parut. Kacau hingga keju hancur. Masukkan bancuhan tepung, lada sulah dan garam. Kacau lagi hingga pekat.

Lain2 bahan2 topping :
crabstick
sos tomato
mayonis
oregano
capsicum (didadukan)
tomato(didadukan)

Doh Pizza : Boleh juga Klik Di Sini untuk versi lain.
2 cawan tepung roti
2 sk yis mauripan
90 ml air suam
70 ml susu segar suam
1 sk garam halus
2 sb gula
1 sb marjerin
1 sb susu tepung

Cara-cara :

Satukan kesemua bahan(kecuali susu segar dan air) di atas ke dlm satu bekas besar dan gaulkan rata2. Kemudian tuangkan susu segar dan air. Uli sehingga menjadi doh yang elastik. Kemudian rehatkan doh(tutup dgn kain lembab) selama 1 jam. Panaskan oven pd suhu 180C. Sesudah itu, tumbuk2 sedikit doh tadi dan canaikan mengikut saiz dulang yg digunakan. Sapukan sedikit minyak zaitun/minyak masak pd dulang tersebut dan letakkan doh tadi di dlmnya. Ratakan. Cucuk2 sedikit dgn garfu. Bakar selama 5 minit. Keluarkan.untuk menyusun topping : Sapukan sos tomato dan mayonis di serata doh pizza, diikuti udang, crabstick dan bahan2 lain. Kemudian tuangkan sos keju di atasnya dan taburkan oregano. Bakar selama 20 minit atau sehingga keperangan.


Sunday, December 13, 2009

Bun Pandan Berkaya

tara...ni la hero aku..masak jer roti tuh..dia la org pertama rasmi...tgk tu berpeluh2 main terus mkn....jemput mkn ye aunty2 sume...
amacam..gebus tak?...he3...

salam semua....
kali nih kite nk tayang roti...
projek ptg sabtu..wat minum petang disamping stock utk my hero...
dia dok ghumah cari mkn jer...(xcaya tgk gambar )
actually da byk kali aku try wat roti,tp xpenah menjadi n segebus org lain wat..
tu yg malu lak nk tayang kt blog
tp kali nih roti aku betul2 menjadi...gebuss n mulusss..wahahahha...
aku cam xcaya lak aku dpt wat roti segebus tuh...
same lak tuh cam yg aku slalu beli kt tesco...(riak tol dak nih)
berbaloi2 aku uli bagai nk rak...tp xdak rupe pandan lak plak roti haku nih...
punya teruja dok nguli smpi lupa nk masukkan skit pewarna ijo
tu yg nmpk pucat jer roti aku ni...
resipi asal dr Mat Gebu tp aku cilok dr umah kak ummi kuantan.
resipi minta izin CnP ye En Mat / K.Ummi

Bahan-bahan:-
350 g tepung roti (high protein flour) (*akak tambah sikit lg dlm. 15gm)
200 ml air sejuk (dari peti sejuk)
50 g gula halus
1/2 camca teh garam halus
3 camca teh instant yeast
1 camca teh bread improver
20 g serbuk santan
1 camca besar susu tepung
1 biji telur kecil (mat guna telur biasa, kacau sedikit dan timbang 40g)
30 g mentega
1 camca teh pandan paste
Bahan hias:
Kelapa kering secukupnya
Seri kaya secukupnya

Cara-cara:-
UNTUK DOH :
Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega dan bahan hias ke dalam mangkuk adunan. Gunakan hook dan putar pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus memutar hingga mendapat doh yang kenyal dan elastik (doh memang agak lembut). Tutup dengan plastik cling dan biarkan 1 jam.

KAEDAH LAIN :
Masukkan semua bahan2 diatas kecuali bahan hias ke dalam Bread Maker dan pilih setting untuk doh, tekan "on" dan tunggu hingga siap...

LANGKAH SETERUSNYA:-
Tumbuk2 doh untuk membuang udara.
Bahagikan kan doh kepada 16 bahagian yang sama besar.
Bulat2kan doh dan susun dalam loyang (mat guna loyang bersaiz 11 x 11 x 2 inci). Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar naik selama 45 minit - 1 jam.
Spray sedikit air atas permukaan roti, tabur kelapa kering dan paipkan serikaya.
(masukkan seri kaya dalam plastik bersih, dan gunting sedikit muncungnya)
atas roti tadi...ikut lah style memasing yeaa...
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 - 25 minit
(mat bakar 30 minit)...Bila masak, keluar dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan....Lepas tu boleh lah makan. Air kopi/teh jgn lupa yeaa...





Tuesday, November 24, 2009

Roti gulung Bersosej


Ni plak menu bekpes pagi tadi...

bila tgk roti yg hampir "pupus" tu dok pikir la apa nk wat..

tgk2 lam peti ess ade lg saki baki sosej lebih wat pizza lu

dok membeku je lam tuh so haku wat kan lah roti sosej ni

sonang jer pon,lgpon bhn2 mmg dh ade kt dapoq tuh...

penah tgk kt bolg sape x ingat la roti nih...maap ye..

layan jer la gambo yg tak seberapa nih...