taraaaa.....ni jek yg bleh tahan segaknya....hahahaaaa...hat len2 nauzubillah......ngeri nengoknya...
Butter Teddy Cookies
Bahan-bahan
8 oz mentega tanpa garam
1/2 cawan gula halus
1/4 susu kecil garam
1 1/2 sudu kecil esen vanilla
1 biji kuning telur
2 1/2 cawan tepung gandum (tambah jika perlu)
pewarna coklat@ coklat emulco
cip coklat secukupnya
sebelum kebakaran....teddy aku elok je lisptiknya.....lepas terbako...mcm2 rupa ada...mcm drakula br pas isap darah jerk masing2....muahahahaaa....
Cara-cara
Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
Masukkan garam dan esen vanila.
Tambah kuning telur dalam adunan. Pukul lagi.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Gaul rata.
Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Tambah pewarna coklat ke dalam bahagian doh yang lebih sedikit. Biarkan satu bahagian dalam warna asal.
Balut doh dengan cling wrapper dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam.
Keluarkan doh dari peti sejuk.
Bentukkan bulat besar dengan doh warna asal dan dua bulat kecil dengan doh coklat.
Letak dua cip coklat untuk mata.
* boleh guna ising untuk membentuk mulut teddy.
(haku plak kehabisan adunan warna coklat tuh,so aku bg teddy aku tu pakai lipstik la...)
Bakar dalam oven (pre-heated) selama 15 minit dengan suhu 170C.
Nota: untuk membuat loli-cookies, cucuk lidi (stick) atau batang loli di bahagian bawah biskut.
mcm2 rope adaaaaa.....
No comments:
Post a Comment