Sambal Sotong Kicap
Sumber: http://dayangjack.blogspot.com/
Bahan-bahan :
7-8 ekor sotong basah (digaulkan bersama serbuk kunyit, tepung jagung dan garam)
1 labu bawang besar (dimayang)
1 sudu makan sos tiram
1-2 sudu besar kicap manis
2 sudu makan air asam jawa
sedikit hirisan cili merah dan daun sup
2 sudu besar cili kering kisar
1 kiub pati ikan bilis
Bahan-bahan kisar :
1/2 labu bawang besar
5 biji bawang merah
2 ulasbawang putih
Cara-cara :
Panaskan minyak di dalam kuali. Gorengkan sotong selama 30-40 saat. Tuskan.
Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan2 kisar hingga terbit bau.
Masukkan cili kisar dan masak hingga garing atau pecah minyak.
Masukkan pati ikan bilis, sos tiram dan kicap manis. Kacau lagi.
Masukkan sotong, cili merah dan bawang besar. Perasakan dgn sedikit garam dan gula jika perlu.
Akhir sekali masukkan air asam jawa.
Setelah masak, hiaskan dgn daun sup dan hidangkan.
wah! dh lm akak x masak sutun. ni yg buat teliur ni. tq maria...akak dh mkn sambal sotong tu tadi....sedappp! hehe
ReplyDelete