Tuesday, June 15, 2010

Apam Inti Kelapa

Bahagian dalam apam...
2 versi jer aku wat separuh atas kuning & bawah pink
yg ni atas kuning bawahnya pink....


Salam Selasa buat sesiapa yg udi mnyengah umh kecilku ini...
kali nih aku nk kongsi 1 resipi yg mudah n sodap
sesuai utk minum petang n yg peting walaupon ringkas tp sedapp.
anak2 pon suka sgt tau...suka tgk diorang makan berselera sekali...
aku buat setengah je dari resipi asal..
resipi aku hendap umh CMG...jom la kita tgk apa2 bhn yg diperlukan utk buat benda alah ni...
Resipi dari kak lily dari MyResipi.com....

Bahan untuk apam:-
3 biji telur, dari peti sejuk
275 g tepung gandum*
3 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
220 g gula halus (kastor)
1 camca teh ovallete
1 camca teh esen vanilla

Bahan untuk inti:-
2 cawan kelapa parut putih
1/2 ketul gula melaka
3 - 4 camca besar gula pasir (bergantung pada tahap kemanisan masing2)
2 helai daun pandan, disimpul
1 camca teh tepung jagung + 1 camca besar air

Cara membuatnya:-1-
Untuk inti:- Masak gula melaka dan gula pasir dgn sedikit air (1/4 cawan) hingga gula larut, angkat dan tapis. Kemudian masukkan kesmua bahan untuk inti dan masak dalam kuali dgn api perlahan sehingga inti masak dan tidak terlalu kering atau basah. Sejukkan dan boleh digentel sebesar duit 10 sen (kurang lebih 40 biji).

2- Untuk adunan apam:- Satukan ke semua bahan untuk apam dalam mixer dan putar perlahan sehingga semua bahan bergaul mesra. Kemudian laju kan ke tahap maksimun dan putar 8 minit hingga adunan menjadi pekat. Bahagi adunan kepada 3 bahagian dan warna ikut suka
(1 bahagian dibiarkan pada warna asal).

3- Apam inti kelapa:- Panaskan kukusan dan siapkan acuan yang telah dialas dgn paper cup. Sudukan 1/2 camca teh adunan kosong dan bubuh sebiji inti dan tutup dgn 1/2 camca teh adunan yang bewarna dan 1/2 camca teh adunan bewarna yang lagi satu. Buat hingga siap dan kukus atas air mendidih, 10 minit. Sejukkan sebelum dihidang....


Monday, June 07, 2010

Hepy Beday to Me....







Assalammualaikum....
amboi lama sgh aku tak menyenguk umah kecil ku ini...
lately ni byk sgt masalah yg merunsingkan fikiran...
nk berblog kena ada ketenangan...(bg aku la)
kalo jiwa kaco nk menulis pon xde mood daa....
mlm ni aku berusaha gak utk berkunjung ke sini sempena hari lahirku hari ni
07 June 2010 maka genaplah umo haku 32 thn...(mak aiii...dh byk beno umo haku ye)
besday kali ni tiada apa yg special yg dpt disediakan...sekadar aku mengagahkan diri buat kek marbe utk mkn2 bersama family...tiada juadah istimewa..tiada deco kek cantik2...
smlm hampir kul 12 gak la baru smpi dari kampung...letih..xsempat nk prepare apa2 pon...
peti pon kosong menunggu utk diisi semula..hehehe...
kek marble shela mambo ni haku cilok dari umah CMG tuh...
kek ni betul kata kak ummi mmg sodap...lembut...gebusss...wangi menusuk jiwa gitu....
aku CnP jerk resipinya..resipi yg mudah utk disediakan dan hasilnya wah...mabellesss...
rugi xcuba kek nih...jom usha resipinya...layan gak le gambo2 yg sempat aku snap...marble stail haku je..xsama le cam CMG wat...yg penting rsnya sodapppp...
jom tgkkk...
Kek Marble Sheila Mambo
BAHAN-BAHANNYA :-)
125 g mentega
155 g tepung naik sendiri (self-raising flour)
2 biji telur, dipukul sedikit
125 g gula halus (kalau letak 100 g pun ok)
125 g cooking chocolate
1 camca teh esen vanilla
80 ml susu segar
CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin kek dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas, lenser juga kertas tadi. Cairkan coklat masakan secara kaedah double-boiler. Ketepikan.
Putar mentega dengan gula hingga putih. Tambah telur dan terus memutar hingga kembang. Masukkan esen vanilla, putar rata.
Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung selang seli dengan susu segar, hingga habis, kacau rata. Bagi adunan pada 2 bahagian, 1 biar pada asal dan 1 lagi bancuh dengan coklat yang telah dicairkan tadi. Kacau rata.
Tuang berselang seli antara adunan biasa dengan adunan bercoklat, buat hingga habis. Lorekkan dengan hujung pisau 2 - 3 pusingan. Bakar 40 - 45 minit atau hingga masak, sejukkan atas jaringan dan hias ikut kreativiti masing2...