Perkongsian Pelbagai Resipi Yg Dicuba Dan Diabadikan Sebagai Kenangan dan Rujukan Masa Akan Datang......
Friday, December 25, 2009
Sweet Sour ikan Bawal + Nenas
peberet my hubby....
tgk ler rope tuh xnmpk pong tang mn la ikan tu ye
tenngelam dek segala mcm benda yg aku boh....
nenas tu mmg aku lebeykan sbb my hubby paling suke...
jemput2 mkn...
xleh nk nulih pjg2....byk ganguan kt umah nih
lagipon kakak still demam lg...
aduii..dh 3 ari ari nih tp tetap xmo lega lagik
risau aku..dh la ari isnin ni dia dh start belajar kt tadika tu
harap2 la kakak cepat sembuh...
cuti krismas ni pon aku tak ke mana2 la...
dok umah aje......masak..makan...makan...masak...he3...
ok la layannnnn............
Serawa Labu
Monday, December 21, 2009
Pizza....againnn...
bahan-bahan :
Untuk topping :
7 -8 ekor udang basah (dibuang kulit kecuali bahagian ekor)
1 biji putih telur
tepung goreng kentucky
Cara-cara :
Celupkan udang dgn telur dan salutkan dgn tepung tadi dan goreng sehingga masak. Ketepikan.Untuk Sos Keju :* 1 1/2 cawan susu segar* 1 sb mentega* 1 sb tepung gandum + 1 sb tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)* 125 gm cream cheese* sedikit lada sulah* garamCara-cara : Cairkan mentega di dlm periuk/saucepan. Masukkan susu dan krim keju/keju parut. Kacau hingga keju hancur. Masukkan bancuhan tepung, lada sulah dan garam. Kacau lagi hingga pekat.
Lain2 bahan2 topping :
crabstick
sos tomato
mayonis
oregano
capsicum (didadukan)
tomato(didadukan)
Doh Pizza : Boleh juga Klik Di Sini untuk versi lain.
2 cawan tepung roti
2 sk yis mauripan
90 ml air suam
70 ml susu segar suam
1 sk garam halus
2 sb gula
1 sb marjerin
1 sb susu tepung
Cara-cara :
Satukan kesemua bahan(kecuali susu segar dan air) di atas ke dlm satu bekas besar dan gaulkan rata2. Kemudian tuangkan susu segar dan air. Uli sehingga menjadi doh yang elastik. Kemudian rehatkan doh(tutup dgn kain lembab) selama 1 jam. Panaskan oven pd suhu 180C. Sesudah itu, tumbuk2 sedikit doh tadi dan canaikan mengikut saiz dulang yg digunakan. Sapukan sedikit minyak zaitun/minyak masak pd dulang tersebut dan letakkan doh tadi di dlmnya. Ratakan. Cucuk2 sedikit dgn garfu. Bakar selama 5 minit. Keluarkan.untuk menyusun topping : Sapukan sos tomato dan mayonis di serata doh pizza, diikuti udang, crabstick dan bahan2 lain. Kemudian tuangkan sos keju di atasnya dan taburkan oregano. Bakar selama 20 minit atau sehingga keperangan.
Friday, December 18, 2009
Laksa
Thursday, December 17, 2009
Honey Prawn
sekali kita try lagi resipi dr dapuq kak DJ
resipi yg mudah tapi sodappppp....
walaupon ropenya idak ler cantik tp yg penting rasanya mantop...
makasih akak sudi kongsi resipi beh nih
kitanya pesen wat berkuah skit
ni merupakan menu mkn mlm semlm
pg td cbuk hape pon xtau la smpi xsempat nak n3..
kita tayang resipi kt cni ye..
bahan-bahan :
400 gm udang basah (diperap bersama serbuk kunyit, garam dan 1 sudu makan tepung jagung selama 10 minit. Kemudian digoreng sehingga garing - taknak garing pun xpe)
1 labu bawang besar*
1 biji cili merah*
3 ulas bawang putih*
3 sudu makan madu (dibancuh dgn 60 ml air)
2-3 biji cili api (diketuk)
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan jus lemon
sedikit daun ketumbar (dihiris)
1/2 sudu besar kicap pekat
Cara-cara : Kisar bahan2 bertanda *. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga garing. Masukkan madu, kicap dan sos cili. Kacau sedikit. Kemudian masukkan cili api dan daun ketumbar. Setelah kuah agak kering, masukkan udang, jus lemon dan daun ketumbar. Gaul mesra selama 10 saat. Tutupkan api. Hidangkan
Wednesday, December 16, 2009
Nasi Goreng Cina
sape lum bekpes lagi?...amik la nasi goreng ni...he3..
ni menu bekpes pg tadi...
menu besa2 jer...masak utk bekal kakak g tadika n utk bekal aku kat opis...
resipi mudah jer main campak2...siap....
jemput makan ye...
Udang oooo udang....
kepala udang ni usah dicari..aku dh sembelih
Monday, December 14, 2009
Ayam Masak Lemak Pedassss......
1 ekor ayam ~ dibersihkan dan dipotong sederhana (digaul bersama sedikit serbuk kunyit dan garam)
10 tangkai cili kering * ~ dididihkan bersama air dan garam terlebih dahulu (adjust kuantiti)
5 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 cm lengkuas * (i added)
1 cm halia *
1 biji bawang besar *
3-4 batang serai *
2 cm kunyit hidup *
8 tangkai cili padi *
200ml santan pekat
2 asam keping
air ~ ikut suka
daun limau purut (optional)
garam secukup rasa
minyak masak
Kisar bersama bahan2 bertanda *.
Panaskan minyak dlm kuali. Gorengkan ayam yang telah diperap bersama serbuk kunyit dan garam tadi hingga masak. Angkat dan ketepikan.
Kurangkan minyak, tumis bahan2 kisar hingga pecah minyak. Kacau selalu.
Tambahkan air dan garam. Biarkan mendidih.
Masukkan santan dan asam keping... kacau dan biarkan mendidih lagi.
Masukkan ayam dan gaul sebati. Tutupkan kuali dan biarkan seketika, taburkan daun limau purut.
Kacau sekali lagi dan padamkan api.
Sedia dihidang!
Sunday, December 13, 2009
Bun Pandan Berkaya
projek ptg sabtu..wat minum petang disamping stock utk my hero...
Bahan-bahan:-
350 g tepung roti (high protein flour) (*akak tambah sikit lg dlm. 15gm)
200 ml air sejuk (dari peti sejuk)
50 g gula halus
1/2 camca teh garam halus
3 camca teh instant yeast
1 camca teh bread improver
20 g serbuk santan
1 camca besar susu tepung
1 biji telur kecil (mat guna telur biasa, kacau sedikit dan timbang 40g)
30 g mentega
1 camca teh pandan paste
Bahan hias:
Kelapa kering secukupnya
Seri kaya secukupnya
Cara-cara:-
UNTUK DOH :
Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega dan bahan hias ke dalam mangkuk adunan. Gunakan hook dan putar pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus memutar hingga mendapat doh yang kenyal dan elastik (doh memang agak lembut). Tutup dengan plastik cling dan biarkan 1 jam.
KAEDAH LAIN :
Masukkan semua bahan2 diatas kecuali bahan hias ke dalam Bread Maker dan pilih setting untuk doh, tekan "on" dan tunggu hingga siap...
LANGKAH SETERUSNYA:-
Tumbuk2 doh untuk membuang udara.
Bahagikan kan doh kepada 16 bahagian yang sama besar.
Bulat2kan doh dan susun dalam loyang (mat guna loyang bersaiz 11 x 11 x 2 inci). Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar naik selama 45 minit - 1 jam.
Spray sedikit air atas permukaan roti, tabur kelapa kering dan paipkan serikaya.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 - 25 minit
Saturday, December 12, 2009
Pancake
Friday, December 11, 2009
Masak Lemak Ciliapi Rebung wif Ikan Bilis
Tuesday, December 08, 2009
Kek Buah Berkeju
240 g tepung gandum*
1 1/2 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan ayak)
250 g gula halus
250 g mentega
230 g cream cheese
4 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
1 1/2 camca teh esen vanilla
140 g tepung gandum* (yang berasingan dari tepung di atas ya..)
300 g buah2an campuran (mix fruit)*
50 g kacang walnut, cincang kasar*(*disatukan dan gaul hingga rata) - xletak pon..
Cara-Cara:-
Panaskan oven pada suhu 170C. Lenser tin berukuran ( 10 x 10 x 3 ) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan
Dalam mixing bowl, satukan mentega dan cream cheese, pukul hingga rata.
Masukkan gula dan esen vanilla. Pukul hingga putih.
Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan gebu.
Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.
Akhir sekali masukkan buah2an yg telah digaul dengan tepung, hingga habis. Gaul rata.
Tuang adunan ke dalam tin kek dan ratakan.
Bakar 50 - 55 minit.
Keluarkan kek dan sejukkan 10 minit sebelum diterbalikkan ke atas jaringan. Sejukkan kek sepenuhnya sebelum dipotong...
Thursday, December 03, 2009
Pizza Sate Daging
1 kilo daging kambing/lembu/ayam - cuci dan tos, dipotong nipis dan kecil.
150 g gula pasir
100 g gula merah
100 g madu,
2 sk garam
Bahan berikut hendaklah dikisar tapi jgn terlalu halus :-
3 sb ketumbar biji - sangar
2 sk jintan halus - sangar
1 sb lada sulah biji
6 ulas bawang putih
hana tambah bwg merah
1/2 jari halia
2 hiris lengkuas
4 batang serai - hiris
1/2 jari kunyit hidup Cara-cara
Gaulkan bahan2 kisar pd daging@ayam bersama gula,garam dan madu hingga rata dan perap 1 jam atau boleh disimpan dlm petisejuk semalaman.*hana perap semalaman.
Cucuk2kan ngan lidi sate dan bakarlah cam biasa.
Hidangkan dgn kuah kacang,timun,ketupat dan bawang.
2 cawan tepung gandum
2 sk yis segera (sebaik2nya yis mauripan)
2 sb susu tepung
157 ml air suam (39C....suhu org demam panas)
1 sb gula halus
1/2 sk garam
1/2 sb bread softener
1 sb olive oil
Cara-cara :
Rendam yis bersama air suam selama 10 minit. (Yis yang baik akan mengeluarkan buih)
Dalam mangkuk/bekas berasingan, campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dgn hanya menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli sehingga menjadi doh yang elastik (tidak perlu tambah tepung sb sukatannya dah betul kalau guna cawan/sudu metrik...hehe...). Teruskan menguli lebih kurang 15 minit. Simpan doh di dlm satu bekas yg agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab.
Tuesday, December 01, 2009
Hari Pertama Kakak Ke tadika
Hari ni adalah hari pertama bg kakak ke tadika
bulan Ogos tahun depan genap lah umur dia 5 thn...
tadika ni 01 Dis 2009 dh start tp bukan p belajar lgpon
kira mcm bulan orentasi jer...
just utk kenal2,biasakan diri dgn suasana baru,kenal kawan baru,
isi masa dgn bermain,melukis dan mewarna ja
masuk jam 0830 pg sampai jam 1200 je pon...
yg bestya kakak masa aku hantar ok lagi tp muka dah lain mcm...
bila aku tinggal saja cikgu bgtau dia dah nangis2 dah...
lgpon parent tak boleh tunggu kat sekolah
kakak memang mcm tu..dia tu jenis yg cukup susah nk biasa ngan orang...
dengan bb sitter dia dulu pon mkn masa berbulan2 sementara nk biasa
dia jenis yang susah nk bercakap dengan org yg dia tak kenal
tp kat umah dia la paling becok bertanya...
smpi letih la kita nk menjawab...semua dia nk tau..
kenapa ini..kenapa itu....
masa aku p amik dia balik td ok dah pon
siap bgtau "seronok la ibu sekolah tu"
esok kakak nk mai lagi la...
haa...pulak....biasa la budak2 sementara nk biasa saja...
tgk esok pulak la apa cerita dia...