Perkongsian Pelbagai Resipi Yg Dicuba Dan Diabadikan Sebagai Kenangan dan Rujukan Masa Akan Datang......
Friday, December 25, 2009
Serawa Labu
Monday, December 21, 2009
Pizza....againnn...
bahan-bahan :
Untuk topping :
7 -8 ekor udang basah (dibuang kulit kecuali bahagian ekor)
1 biji putih telur
tepung goreng kentucky
Cara-cara :
Celupkan udang dgn telur dan salutkan dgn tepung tadi dan goreng sehingga masak. Ketepikan.Untuk Sos Keju :* 1 1/2 cawan susu segar* 1 sb mentega* 1 sb tepung gandum + 1 sb tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)* 125 gm cream cheese* sedikit lada sulah* garamCara-cara : Cairkan mentega di dlm periuk/saucepan. Masukkan susu dan krim keju/keju parut. Kacau hingga keju hancur. Masukkan bancuhan tepung, lada sulah dan garam. Kacau lagi hingga pekat.
Lain2 bahan2 topping :
crabstick
sos tomato
mayonis
oregano
capsicum (didadukan)
tomato(didadukan)
Doh Pizza : Boleh juga Klik Di Sini untuk versi lain.
2 cawan tepung roti
2 sk yis mauripan
90 ml air suam
70 ml susu segar suam
1 sk garam halus
2 sb gula
1 sb marjerin
1 sb susu tepung
Cara-cara :
Satukan kesemua bahan(kecuali susu segar dan air) di atas ke dlm satu bekas besar dan gaulkan rata2. Kemudian tuangkan susu segar dan air. Uli sehingga menjadi doh yang elastik. Kemudian rehatkan doh(tutup dgn kain lembab) selama 1 jam. Panaskan oven pd suhu 180C. Sesudah itu, tumbuk2 sedikit doh tadi dan canaikan mengikut saiz dulang yg digunakan. Sapukan sedikit minyak zaitun/minyak masak pd dulang tersebut dan letakkan doh tadi di dlmnya. Ratakan. Cucuk2 sedikit dgn garfu. Bakar selama 5 minit. Keluarkan.untuk menyusun topping : Sapukan sos tomato dan mayonis di serata doh pizza, diikuti udang, crabstick dan bahan2 lain. Kemudian tuangkan sos keju di atasnya dan taburkan oregano. Bakar selama 20 minit atau sehingga keperangan.
Friday, December 18, 2009
Laksa
Thursday, December 17, 2009
Honey Prawn
sekali kita try lagi resipi dr dapuq kak DJ
resipi yg mudah tapi sodappppp....
walaupon ropenya idak ler cantik tp yg penting rasanya mantop...
makasih akak sudi kongsi resipi beh nih
kitanya pesen wat berkuah skit
ni merupakan menu mkn mlm semlm
pg td cbuk hape pon xtau la smpi xsempat nak n3..
kita tayang resipi kt cni ye..
bahan-bahan :
400 gm udang basah (diperap bersama serbuk kunyit, garam dan 1 sudu makan tepung jagung selama 10 minit. Kemudian digoreng sehingga garing - taknak garing pun xpe)
1 labu bawang besar*
1 biji cili merah*
3 ulas bawang putih*
3 sudu makan madu (dibancuh dgn 60 ml air)
2-3 biji cili api (diketuk)
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan jus lemon
sedikit daun ketumbar (dihiris)
1/2 sudu besar kicap pekat
Cara-cara : Kisar bahan2 bertanda *. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga garing. Masukkan madu, kicap dan sos cili. Kacau sedikit. Kemudian masukkan cili api dan daun ketumbar. Setelah kuah agak kering, masukkan udang, jus lemon dan daun ketumbar. Gaul mesra selama 10 saat. Tutupkan api. Hidangkan
Wednesday, December 16, 2009
Nasi Goreng Cina
sape lum bekpes lagi?...amik la nasi goreng ni...he3..
ni menu bekpes pg tadi...
menu besa2 jer...masak utk bekal kakak g tadika n utk bekal aku kat opis...
resipi mudah jer main campak2...siap....
jemput makan ye...
Udang oooo udang....
Monday, December 14, 2009
Ayam Masak Lemak Pedassss......
1 ekor ayam ~ dibersihkan dan dipotong sederhana (digaul bersama sedikit serbuk kunyit dan garam)
10 tangkai cili kering * ~ dididihkan bersama air dan garam terlebih dahulu (adjust kuantiti)
5 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 cm lengkuas * (i added)
1 cm halia *
1 biji bawang besar *
3-4 batang serai *
2 cm kunyit hidup *
8 tangkai cili padi *
200ml santan pekat
2 asam keping
air ~ ikut suka
daun limau purut (optional)
garam secukup rasa
minyak masak
Kisar bersama bahan2 bertanda *.
Panaskan minyak dlm kuali. Gorengkan ayam yang telah diperap bersama serbuk kunyit dan garam tadi hingga masak. Angkat dan ketepikan.
Kurangkan minyak, tumis bahan2 kisar hingga pecah minyak. Kacau selalu.
Tambahkan air dan garam. Biarkan mendidih.
Masukkan santan dan asam keping... kacau dan biarkan mendidih lagi.
Masukkan ayam dan gaul sebati. Tutupkan kuali dan biarkan seketika, taburkan daun limau purut.
Kacau sekali lagi dan padamkan api.
Sedia dihidang!