Salam Ari jumaat yang mulia......
alhamdulillah ari ni berkesempatan aku utk masukkan entry tertunda a.k.a tertunggak lagikkk.....
tak igt dh bila muffin ni berjaya dihasilkan....hehehe...asik perap n perap lam pc....
gabungan pisang n coklat mmg sedap....ank2 pon suka bila tgk ada warna coklat tu...
resipi amik kt blog kak ummi kuantan......
akak mintak izin CnP je la ek....
MARBLE BANANA MUFFIN
Source: Bisous A Toi
Bahan: A
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula kastor (saya guna cuma 1 cawan-itu pun masih manis)
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu teh garam
Bahan B
1 biji telur (L)
1 cawan susu segar
1/2 cawan minyak masak (mentega cair)
1 cawan pisang lecek kasar
1 sudu besar coklat paste (saya guna 1/2 sudu besar kopi paste + 1 sudu besar serbuk koko)
Topping: Coklat chip/ Walnut/ apa apa yang disukai (tak letak pon....)
Caranya:
Ayakkan tepung bersama baking powder dan satukan semua bahan A ke dalam satu bekas. Ketepikan.
Satukan telur, susu segar dan minyak dan gaul hingga sebati.
Masukkan adunan susu segar tadi ke dalam bahan A dan gaul sebati. Jangan gaul terlalu lama, cukup sekadar bersatu.Masukkan pisang yang dilecek kasar tadi. Bahagikan 2 adunan, dan masukkan coklat paste ke dalam satu adunan.Kemudian cedokkan ke dalam muffin pan dan selang selikan untuk marble kan muffin.
Bakar pada suhu 190 C selama 25 minit.(Utk oven akak, akak bakar selama 20 minit aje)
No comments:
Post a Comment