nyummm2...jom rasa sorang skit....
Salam semua,
puding ni utk dessert tghari semalam
dengan keadaan cuaca yg agak panas semalam
pekena lak puding ni...perghhh...sedop gitu....
resipi yg mmg lama dah dok pendam nak wat akhirnya terlaksana juga..
mmg sesuia la nama puding ni "Puding Laici Dangdut"
mmg betul2 berdangdut...bergoyang sakan dia.....
apapun puding ni mmg sedap..sejuk anak tekak mkn time cuaca sekarang ni...
jom tgk resipi...
Bahan2
10 gm agar2 serbuk atau 1 paket agar2 biasa [28 gram]
2 liter air
2 cawan gula
2 tin laici [asingkan airnya]
1 tin susu cair
Cara:1.
Masakkan agar2 serbuk atau agar biasa bersama air sehingga mendideh.
Masukkan gula. Biarkan mendideh lagi. [jika gunakan agar biasa kena tapis]
Tutup api. Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
Tuangkan dalam acuan [terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk kecil].
Bila dah sejuk masukkan dalam peti sejuk.
Hidangkan bersama buah laici yang diasingkan tadi.
NOTA
Puding laici ni agak lembut sedikit...so kalau nak makan potongkan
[jika gunakan acuan besar] atau tuangkan dalam bekas dan gunakan sudu kecil untuk memakannya.....